KENALI SCAM/PENIPU
Pelabur Emas Berputih Mata
myMetro
Berita Utama
3. Harga Emas Mahal Dari Harga Pasaran
myMetro
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat. |
IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.
Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara. Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.
Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam). Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank. “Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.
“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.
Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula. Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu. Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.
__________________________________________________________________________
Tag line Papa Zola "Kebenaran dilorong kegelapan'' |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Sambil2 buat artikel pagi ni saya sedikit tertarik dengan kata2 Papa Zola dalam animasi Boboiboy "Kebenaran dilorong kegelapan" (dari 8am sampai 10am terpaksa layan channel anak) heheehe... Korang nilai lah sendiri ada kaitan ke tak dengan Skim2 penipu ni. Selamat berhujung minggu bersama keluarga & anak2 tersayang :)
Memandangkan semakin hari semakin banyak syarikat2 Emas "tumbuh’’mengalahkan cendawan selepas hujan maka tidak terkecuali akan adanya syarikat2 yang menjanjikan pulangan LUMAYAN setiap bulan atau dengan bahasa lebih mudah Skim Cepat Kaya atau Penipu.
Memandangkan semakin hari semakin banyak syarikat2 Emas "tumbuh’’mengalahkan cendawan selepas hujan maka tidak terkecuali akan adanya syarikat2 yang menjanjikan pulangan LUMAYAN setiap bulan atau dengan bahasa lebih mudah Skim Cepat Kaya atau Penipu.
Suatu ketika dahulu Negara kita pernah digemparkan dengan pelaburan2 yang memberikan pulangan lumayan. Diantara pelaburan2 SCAM yang paling popular suatu ketika dahulu adalah Skim “Pak Man Telo” & Swiss Cash. Namun semua ini masih tidak memberi pengajaran kepada pelabur2. Sifat tamak & memilih jalan pintas untuk mengejar kekayaan telah membutakan mata mereka untuk mengenali skim2 penipu ini.
Terbaru, semakin banyak syarikat2 yang menawarkan pelaburan emas sebagai topeng baru mereka bagi menipu pelabur. Maklumlah sekarang semua nak simpan emas – penipu pun update juga so kena tukar strategi buat syarikat emas juga.
Disini saya terangkan dengan bahasa & ayat paling mudah untuk anda mengenali 4 ciri2 skim cepat kaya atau pelaburan2 emas SCAM :
1. Menjanjikan Pulangan Lumayan Setiap Bulan.
“Bos saya ada RM50,000. Kalau saya labur sama syarikat A berapa % saya dapat setiap bulan?” Syarikat Perniagaan/Pelaburan Emas yang betul tidak akan menjanjikan pulangan bulanan. Pelaburan Emas yang betul sangat mudah untuk difahami ; anda beli emas anda dapat emas ditangan. Bawa emas balik! Itu saja.
2. Melibatkan Kontrak/Perjanjian
Sebagai contoh, anda beli emas & ditawarkan perjanjian sekitar 6 bulan. Dalam masa yang sama syarikat akan bayar sekitar 10-20% dari nilai emas yang anda beli setiap bulan. Namun emas anda hanya akan diserahkan selepas 6 bulan. Ya, anda sudah ditipu! Sama seperti jawapan diatas “anda beli emas anda dapat emas ditangan”. Bawa emas balik! Itu saja. Bila harga emas dah naik & rasa dah dapat keuntungan anda jual balik emas tersebut = disinilah keuntungan anda. Tiada istilah jaminan pulangan lumayan setiap bulan.
Satu syarikat skim emas didapati menjual emas mereka pada harga RM212 segram ketika ini! Walhal harga emas di pasaran Malaysia paling tinggi pun RM201 segram (gred 999). Rujuk www.fgjam.org.my .
Harga Emas dipasaran pada 12 Ogos 2011 |
Disini anda dapat tahu dari mana Syarikat SCAM ini memperolehi dana untuk membayar anda pulangan bulanan! Jom saya dedahkan. Very simple!
· Harga ditawarkan Syarikat Skim Emas = RM212 segram
· Biasanya mereka tawarkan 2 jenis produk iaitu 50 gram & 100 gram
· Jadi harga untuk gold bar 100 gram = RM21,200
· Harga untuk gold bar 50 gram = RM10,600
Cuba anda bandingkan dengan harga emas Public Gold, 100 gram pada hari ini 13 Ogos 2011 adalah:
Harga Public Gold 13 Ogos 2011 |
- Perbezaannya adalah (RM21,200 – RM18,310) iaitu sebanyak RM2,890!
- Anda bahagikan RM2,890 kepada 6 bulan iaitu RM482 sebulan! (kebanyakan SCAM offer 6 bln sahaja)
- Bagi syarikat yang offer 1.5% daripada belian, anda akan dibayar RM318 sebulan (selama 6 bln)
- Bagi syarikat yang offer 2.5% daripada belian, anda akan dibayar RM530 sebulan (selama 6 bln)
Hakikatnya mereka bayar anda menggunakan duit anda sendiri! Bukannya hasil keuntungan atau pelaburan mereka! Dengan jumlah lebihan sebanyak RM2,890 itu anda dapat membeli 10 gram dan 1 dinar jika membeli dengan Public Gold!
Cuba anda fikirkan, Maybank juga menawarkan emas jongkong tetapi kenapa Bank yang besar ini tidak pula memberi duit bulanan walaupun anda membeli 1kg emas!
4. Tiada Sijil Ketulenan Emas.
Ini paling senang nak faham. Sekiranya anda beli jongkong emas pastikan disertakan dengan sijil ketulenan atau certificate yang ditandatangani oleh Assayer Bertauliah mengesahkan berat emas, ketulenan emas, width & length emas serta siapa Assayer (Pengesah Emas) tersebut. Jika ditawarkan jongkong emas cap udang atau tanpa sijil ketulenan dengan harga yang murah tak payah beli! (tak perlu la saya explain banyak2 kan =))
Jika ingin membuat ujian ketulenan emas anda boleh menggunakan mesin densimeter atau paling senang buat ujian dimana2 bank yang menawarkan perkhidmatan ar-rahnu. Pelanggan Public Gold dibenarkan membuat ujian ketulenan emas dimana2 cawangan Public Gold berhampiran anda.
Jika ingin membuat ujian ketulenan emas anda boleh menggunakan mesin densimeter atau paling senang buat ujian dimana2 bank yang menawarkan perkhidmatan ar-rahnu. Pelanggan Public Gold dibenarkan membuat ujian ketulenan emas dimana2 cawangan Public Gold berhampiran anda.
![]() |
Sijil Ketulenan Emas Public Gold certified by Assayer Bertauliah |
Cara paling mudah untuk mengetahui syarikat yang anda ingin sertai menjalankan skim penipuan atau tidak anda boleh ; Menghubungi Bank Negara & Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan tanya tentang status company tersebut dengan menghantar email ke : aduan@seccom.com.my & bnmtelelink@bnm.gov.my
*Anda juga boleh membuat semakan senarai nama syarikat yang menyalahi undang2 & sedang dalam siasatan Bank Negara Malaysia di :
Semoga anda semua beroleh manfaat & tidak mudah tertipu dengan skim2 Cepat Kaya yang hanya akan Memiskinkan anda dengan cepat =)
No comments:
Post a Comment